Monday, January 30, 2012

Cakap biar berlapik


Tak kisah samade kita mulakan dengan jari mahupun dengan mulut, semua tu adalah bermula dari hati, apa yang kita niatkan itu sebenarnya hampir kepada perbuatan. hati yang suci bersih selalunya menuturkan kata-kata yang baik dan sedap didengar, manakala hati yang tercemar itu selalunya menuturkan kata-kata yang bercampur keji dan kesat. 

Semoga kita dijauhkan daripada gejala-gejala yang tidak sihat sebegitu.

Entah, berapa banyak kita dalam seharian melontarkan kata-kata keji, umpatan, adu-domba serta apa-apa sahaja kata nista yang boleh menyebabkan orang merasa sakit hati serta kecil hati dengan setiap pertuturan kita??. Dan setiap kali kita munuturkan kata-kata nista itu semacam air yang deras tanpa sebarang halangan. Tidakkah ianya sesuatu yang amat menakutkan??

Justeru, seorang yang mempunyai akal fikiran yang waras, tidak ada ruginya kalau kita berfikir dahulu sebelum kita mengeluarkan kata-kata yang keji itu. Tidak rugi sesen pun jika kita lakukannya. Alangkah baiknya jika seorang yang bijak itu hadir dalam perkataan yang dikeluarkan. Jika tidak disyokan berdiam diri sahaja itu adalah lebih baik bukan??

Dibimbangi, jika kita mengeluarkan kata-kata kesat itu, natijahnya perselisihan akan berlaku seterusnya terjadi perbalahan yang dan tidak semena-mena mendapat musuh. tidak hairan sekiranya terkeluarnya kata-kata kesat itu akan menyebabkan orang lain menyimpan bengkak yang tidak akan hilang buat selama-lamanya. Jadi cakap biar berlapik

Perlu diingat, bahawa di sebelah kita pencatit sedia mencatit segala baik buruk perbuatan kita. 

Thursday, January 5, 2012

Sekilas pandang #8 Apabila kita menjadi mangsa keadaan


Semua orang tahu apa itu mangsa keadaan. Mudah untuk kita menerima hukuman apabila kita melakukan satu kesalahan yang telah kita lakukan. Tambahan pula khilaf itu adalah yang kita kesali. Kita sebenarnya dengan segala usaha kita untuk menebus balik segala khilaf  yang kita lakukan. Tapi bagaimana kalau kita menanggung beban atas kesilapan orang lain. Bagaimana kita menerima kesilapan itu jika itu bukanlah daripada kita yang lakukannya. Kadangkala kita tidak melakukan kesalahan itu tapi disebabkan seorang yang tidak mahu mengaku kesilapan diri sendiri, kita yang menjadi mangsa sehinggakan kita mendapat aib yang langsung kita tak boleh terima.

Orang selalu cakap bersabar. Perkataan itu senang untuk diungkapkan tapi tidak mudah untuk kita laksanakan. Dengan rasa kecewa dan sedih serta bercampur geram, memang pasrah. Kita sebenarnya boleh tahu dimana situasi itu benar atau salah tapi tidak diberikan ruang untuk membuat penjelasan atau mungkin atas alasan tidak percaya. Akhirnya hal sebenar tidak diketahui dan kita menjadi mangsa makan hati.

Dan bila semua ini berlaku terjadinya satu keadaan di mana ia menjadi "luka" yang tidak akan hilang selama-lamanya....

Wednesday, December 21, 2011

Wang, duit atau benda yang sama dengannya

Kalau sebut pasal wang semua orang menyukainya tak kira lah walaupun korang ni jenis orang yang kaya atau pun yang sederhana tetap menyukainya kan, aku juga tak terlepas. Macam-macam cara kalau kita nak dapatkan wang a.k.a duit ni kan?? tak kisahlah sama de dengan cara yang baik atau yang buruk tapi kita ni manusia yang mempunyai akal fikiran yang baik takkan nak cari duit dengan cara yang salah pastu bagi makan kat anak dan bini serta keluarga kan dah jadi lain kan. 

Duit ni kena cari, dia takkan datang bergolek dan takkan datang melayang walaupun ia hanyalah sehelai kertas yang boleh melayang jika ditiup angin. Senang cakap nak duit kena kerja, tak kerja tak dapat duit, faham??

Bagi pendapat aku, tak kisalah kerja halal mana yang korang pilih asalkan ianya tidak meragukan dan tidak menjadi tanda tanya orang ramai bagaimana engkau perolehi wang dengan cara yang agak meragukan. Aku cakap macam ni pasal MLM yang selalu disertai oleh orang ramai. Hasilnya meragukan dan menjadi tandatanya. 

Yang peliknya kenapa orang yang dah masuk MLM  sibuk nak suruh orang lain sertai MLM ni sedangkan orang tu dah kaya seperti yang digembar-gemburkan orang itu sendiri yang kononnya hasil daripada MLM tu.  Selalunya alasan dorang tak nak kaum atau bangsa sendiri hidup melarat dan sebagai. Apa gunanya engkau gunakan kata-kata manis engkau dan menabur macam-macam ganjaran kepada orang yang masuk mlm tu. Sebenarnya mereka yang masuk program tu seperti ditindas secara senyap. Tak taulah samada orang yang sertai itu memang tahu dia ditindas atau tak tahu dirinya ditindas. Oleh tu pikir dua tiga kali kalau engkau nak join benda tu. Aku di sini bukanlah nak menutup rezeki orang yang nak menyertainya. Kiranya tak salah kalau aku katakan engkau baik cari kerja lain. Even engkau cari duit memang nak tercabut mata kau tapi engkau ada feel hasil penat lelah engkau nak dapatkan duit..

Mesti ramai yang kat luar sna tu memang tak puas hati atau yang tak boleh terima tentang penulisan aku kali ni

Sambut ulang tahun kelahiran

27 haribulan 12, usia aku telah meningkat satu anak tangga dan itu menjadian umur aku menjadi ..., Owh, tak perlu aku nyatakan di sini berapa umur aku yang sebenar, dan rasanya mungkin korang boleh anggarkan dan cari di mana-mana. Kalau korang anggar umur aku bawah 20 itulah umur aku dan kalau korang anggap umur aku lebih dari tu, dan itu juga lah umur aku.. Sebenarnya aku tak berapa suka sangat untuk menceritakan umur. Dan lagipun aku bukanlah orang yang suka sangat sambut birthday ni samade orang lain ataupun untuk diri aku sendiri. Cukup sekadar orang mendoakan aku kearah kebaikan itu dah memadai bagi aku.

Dan perkara pelik yang aku terpikir tentang menyambut hari jadi ni, kenapa kita menyambut ulangtahun kelahiran  kita yang dah semakin tambah?? Bagi aku kan, kalau kita sambut ulangtahun kelahiran ni seolah-olah kita menyambut hari tua kita dan seterusnya macam kita menyambut kehidupan kita yang semakin singkat di dunia ni. agak pelik bunyinya tapi ada logik kan...

Tak salah kalau kita sambut hadi jadi dengan satu majlis doa selamat kerana diberikan segala rezeki, kesihatan yang baik dan juga masih dipanjangkan umur kan?? dan rasanya tak perlu sambut birthday ni dengan segala benda yang merepek. Dulu masa time aku study dulu, mana2 budak yang nak buat prank kat kawan yang birthday hari tu,  ada baling tepung, baling telur simbah air dan sebagainya, apa motip dan apa kejadahnya pastu lepas dah kenakan segala benda kat kawan sorang tu terus laung happy birthday beramai-ramai... hurmm pelik sangat2...

Dan seperkara lagi. budaya meniup lilin kat kek yang kita beli tu semua bukan dari budaya kita. Macam simbolik orang kapir dah memecah belahkan orang islam suatu ketika dahulu. Aku tak berani untuk mengulas lanjut tentang benda ni sebab aku tak banyak perkara yang tahu pasal benda ni. Kalau aku sekadar search internet pasal benda ni memang macam-macam versilah jawapannya dan itu membuatkan aku semakin keliru, dan untuk itu aku sepatutnya diam...

So apa pendapat korang tentang sambut birthday ni??

Sunday, December 11, 2011

Entri tak de makna~

Ahad, 10 haribulan 12,  aku pergi ke rumah kakak aku kat pekan sana. Time petang, aku sempat ajak dua orang anak saudara aku yang masing-masing berusia 3 dan 1 setengah tahun pergi ke taman permainan yang berhampiran depan rumah. Time aku perhatikan mereka berdua pergi bermain kat taman permainan tu memang seronok. Tiba-tiba terdetik rasa alangkah seronoknya kalau masa boleh berputar kembali pada masa lalu dan aku alami semula zaman kanak-kanak yang aku lalui suatu ketika dahulu. Waktu aku seusia anak saudara aku, aku tak pernah memikirkan masalah yang aku hadapi sehinggalah sekarang, aku terpaksa tempuhi hingga ke hari seterusnya. Itulah yang dinamakan hidup memang penuh dengan dugaan dan juga cabaran yang kita terpaksa lalui untuk meneruskan hidup.